Tuesday, June 14, 2011

SAKIT..DAN HIKMAHNYA....



“Apabila seorang hamba sakit sedang dia biasa melakukan suatu kebaikan, maka Allah berfirman kepada malaikat: “Catatlah bagi hamba-Ku pahala seperti yang biasa ia lakukan ketika sehat.” (HR. Abu Hanifah)


“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakiT atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari)
   
1.MENGHAPUS DOSA..


Ini merupakan keutamaan yang besar dari Allah SWT kerana dengan sakit yang diderita oleh seorang muslim, dosa yang pernah dilakukannya akan terhapus kerana  penderitaannya dalam menghadapi penyakit menjadi kifarah (penebus) dosanya.....
2.TETAP MENDAPAT PAHALA DARI AMAL KEBAIKAN YANG BIASA DILAKUKAN PADA WAKTU SIHAT NYA


Hal ini kerana orang yang sakit tidak dapat  menjalankan amal kebaikan itu bukan kerana dia tidak mahu tetapi kerana dia dalam keadaan sakit. Contohnya, kalau kita selalu ke masjid untuk solat berjemaah, kita kana mendapat pahala yang besar, setiap langkah kita ke masjid diangkat sebagai darjat dan dihapuskan satu kesalahannya. Malah malaikat akan berselawat kepada kita. Tetapi, ketika kita sakit, kita tidak mampu untuk ke masjid, tapi Allah tetap bagi pahala kepada kita sama seperti kita solat di masjid. Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila salah seorang hamba sakit atau bepergian (safar), maka Allah mancatat pahalanya seperti pahala amal yang dikerjakannya sewaktu ia tidak bepergian atau sehat.” (HR. Bukhari)
3.MEMPEROLEH PAHALA KEBAIKAN

Segala sesuatu yang terjadi pada manusia pasti ada hikmahnya. Seorang muslim yang sabar dalam menghadapi sakit maka baginya pahala kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsisapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(HR. Bukhari)
4.MEMPEROLEH DARJAT YANG TINGGI DI SISI ALLAH SWT

Hal ini kerana di dalam syurga ada darjat tertentu yang harus dicapai, bila seorang muslim tidak mampu mencapainya dengan suatu amal, maka dia akan dapt memperolehi darjat tersebut dengan musibah atau penyakit yang dideritanya. Contohnya, mati syahid yang merupakan mati yang sangat mulia. Tetapi, jika dia tidak pergi berperang, dia akan mendapat darjat mati syahid sekiranya dia meninggal kerana penyakit yang dihidapinya. Rasulullah SAW bersabda:
“Wabah adalah syahadah (mati syahid) bagi setiap muslim.”(HR. Bukhari)
5.MEMPEROLEH GANJARAN BERUPA SYURGA

Manakala jika seorang muslim menghadapi penyakit dengan penuh kesabaran, misalnya penyakit yang sangat menyulitkan penderitanya dalam kehidupan ini seperti buta matanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka Aku ganti kedua matanya itu dengan syurga.” (HR. Ahmad)

 Pok su dah berape hari sakit,tapi ALHAMDULILLAH...perkara yang wajib pok su buat..pok su tunaikan...hidup mane tak pernah di timpa musibah...bumi mana yang tak pernah di timpe hujan...sakit tu boleh kite umpamekan macam kantung pahale kita kalau mase sakit atau kene musibah..kita makin perbanyakan amalan kita...kenape mase sakit  jew..baru nak ingat ALLAH..sedangkan mase kite sihat..kuat..bertenage..kita macam tak pernah nak hirau kan bende 2..mase mude adelah mase yang terbaik untuk menambah bekalan tuk hari AKHIRAT..nape mase kite dah bongkok...baru nak ingat SEJADAH...baru nak sucikan muke dengan WUDUK...baru nak basahkan lidah dengan ZIKRULLAH dan BACAAN AYAT SUCI AL QURAN...kerana
                                  

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat......
dunia...umpama perhiasan yang palsu...dan dunia nie jugak..adalah...tempat tuk mengisi bekalan tuk HARI AKHIRAT..muhasabah diri sendiri..tepuk dade..tanya iman...adakah SYURGA akan menjadi destinasi terakhir kita...atau NERAKA...nauzubillah min zalik..minta di jauhkan....fikir2kan lah..akan mana arah tujuan diri ini.....
                                                             CIAOSSU...SALAM=)

No comments:

Post a Comment