Wednesday, June 15, 2011
PLAIN WHITE PAPER+CRAYONS=
Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.
perhatikan kertas nie..kosong..bersih...tiada apa2 tulisan pun yang mengotori kertas 2..begitu lah juga jiwa dan diri anak2 semasa di lahirkan..suci dan bersih tanpa sebarang dosa..jiwa yang tidak tercalit dengan apa2 kejahatan...
kita umpamakan ini sebagai ibu bapa kita...cantik kan warna crayon kat atas tu..bentuk pun menarik...ibu bapa...kita boleh gelarkan mereka sebagai pewarna kehidupan kita..kita di ajar banyak perkara sejak dari kecil.dan pendidikan awal kita bermula di rumah..dan siapa yang mengajar dan mencorakkan kita bermula di rumah?tentu ibu dan bapa kita kan...bila seorang anak itu mula melangkah keluar untuk menyertai permainan dunia..kita akan mula nampak bagaimana pengaruh dari luar akan masuk..samada yang baik atau pun buruk..dan di situ juga kita akan dapat menilai bagaimana samada warna yang kita terapkan akan menjadi seperti ini
menjadi sesuatu yang indah sebegini...atau pun......
yang tiada melambangkan apa2 pun...hanya contengan yang tiada sesuatu yang boleh di banggakn di atas nya.....
pilih la antara 2 pemandangan yang kita mahu kan di atas kertas yang bakal kita coretkan kepada anak anak kita di masa yang akan datang..corak yang menenagkan atau pun yang menyakitkan mata bila memandang...ibu bapa menjadi penunjuk arah kepada kita kerana....
Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
CIOASSU...SALAM=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment