tRyiNG YOuR luCK,lIvE i$ 0NcE
(aCCept thE pAIN,n gEt reADy 4 neW lIFe=)
Monday, April 25, 2011
KESEMPURNAAN TIADA DALAM DIRI MANUSIA.
jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu… mengenyangkan… berkhasiat… mengapa kamu berlengah… cuba mencari makanan yang lain… terlalu ingin mengejar kelazatan… kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya… kamu akan menyesal…
begitu juga jika kamu memiliki seseorang… terimalah seadanya… janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa… anggaplah dia manusia biasa… apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya… akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya… sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya…
begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu… menyayangimu… mengasihimu… mengapa kamu berlengah… cuba membandingkannya dengan yang lain… terlalu mengejar kesempurnaan… kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain… kamu juga yang akan menyesal…
sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: “Jadilah engkau!”. Maka ia terus menjadi.
jika kamu menadah air biarlah berpada… jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh… cukuplah sekadar keperluanmu… apabila sekali ia retak… tentu sukar untuk kamu menampalnya semula… akhirnya ia dibuang… sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi…
jika kamu memancing ikan… setelah ikan itu terlekat di mata kail… hendaklah kamu mengambil ikan itu… janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja… kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup….
Tiada yang sempurna dalam hidup ini.... begitulah manusia... Mencari kesempurnaan yang tidak kesampaian... Kerana alam ini begitu luas... Tidak terjangkau oleh manusia... Untuk mencapai segalanya...
Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh-Nya... Dan terus mencuba memperbaiki diri dan kesilapan lalu.... Jadilah yang terbaik.... bukan yang sempurna....
Kerana tiada yang sempurna kecuali yang Maha Esa..
jika kita berusha mencari kesempurnaan pada mahluk,pasti akan banyak kekurangan yang akan kau temui,tiada mahluk yang sempurna,kitalah mahluk.Maka kita perlu menerima kekurangan.kesempurnaan milik Allah..tak mampu kita menjadi sempuna untuk orang lain dan kita juga tidak boleh mengharap kesempurnaan orang lain.jika kita merasakan diri kita sempurna,selamenya kita tidak akan pernah memperbaiki kesilapan kita atau menerima kekurangan orang lain.Rasulullah adalah mahluuk yang terbaik yang Allah ciptakan.Namun baginda tidak pernah takbur atau merendahkan orang dengan kehebatan yang di kurniakan oleh Allah.sekali kita pandang,mungkin kita akan merasakan kita yang terbaik,apabila kita mengubah sudut pandangan akan terrnampak lompong2 pada diri kita.bersyukurlah pada ape yang Allah berikan kepada kita dan menerima kekurangan orang lain,berfikirlah untuk menampung kekurangan tersebut.Dalam mencari teman hidup,begitu jugalah keadaannya....jangan mengharapkan teman yang sempurna sedangkan kita banyak kekurangan..........mengakui kekurangan adalah langkah awal untuk memperbaikinya ,kita harus jujur dalam meneliti kekurangan dalam diri.Orang yang hebat bukan lah tidak ada kekurangan diri,tetapi mereke cepat menyedari dan memperbaiki,semakin banyak kekurangan,semakin banyak usha untuk memperbaiki,maka mereka akan menjadi semakin baik dari sehari ke sehari...............................................orang yang mencari kesempurnaan mahluk akan mengeluh kepada kekurangan yang mereka dapatkan,mana tidaknya,kita mengharap sesuatu yang mustahil.Sebaliknya orang yang mengakui kekurangan mahluk akan sentiasa bersangka baik dan tidak akan merendahkan orang lain.Dia juga sedar bahawa dirinya banyak kekurangan,apabila kita melihat perbezaan ini,sedarlah kita bahaya mencari kesempurnaan mahluk......
BERUSAHALAH SETAKAT BATAS KEMAMPUAN MANUSIA,INSYALLAH...........HATI AKAN LEBIH TENANG DAN REDHA.......SALAM=)
No comments:
Post a Comment